PRK Kuala Besut

Bulan Ramadhan makin menghampiri kita. Maka bermulalah pesta ibadah buat umat Islam tidak mengira apa pangkat, jawatan, bangsa dan lain-lain. Sebagai hamba Allah kita patut mengambil peluang untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan mengabdikan diri kepada Allah.

Sesuai dengan bulan gandaan pahala yang dijanjikan oleh Allah. Ubahlah ke arah yang lebih baik dari bulan-bulan sebelum bulan Ramadhan dengan azam untuk menjadikan Ramadhan pada kali ini Ramadhan yang terbaik dari sebelum ini.

Teringat akan kisah perang Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan yang cukup menguji iman para sahabat. Dalam sejarah Pilihan Raya di Malaysia, berlaku beberapa pilihan raya dalam bulan Ramadhan.

Hari ini kita telah dipanggil untuk pilihan raya kecil Kuala Besut. Penamaan calon dijadualkan pada 12/7/2013, undian awal 20/7/2013 dan 24 Julai 2013 pilihan raya.

Sama-sama kita doakan untuk kemenangan Pakatan Rakyat di DUN Kuala Besut.

Syarat Memperolehi Kemenangan

Menyedari tentang betapa susahnya untuk mencapai sesuatu kemenangan, maka kita wajib memenuhi syarat-syaratnya barulah hasilnya begitu bermakna untuk dicapai. Antara syarat utama kemenangan ialah berpegang teguh kepada sistem al-Quran dan ajaran nabi Muhammad s.a.w. dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Sesuai dengan kebangkitan dan tersebarnya Islam atas dasar ilmu bagi melawan jahiliah maka kita wajib memperkasakan budaya ilmu dalam kehidupan bukan terhad pada usia, kerjaya dan tempat tertentu sahaja. Malangnya jika ramai umat Islam dihanyut dengan hiburan melalaikan setiap hari dengan hanya asyik menonton tv, berbual kosong, membaca majalah hiburan, melayari internet dalam perkara yang tidak bermanfaat sehingga banyak umur kita dihabiskan dengan melayan propaganda musuh bukannya menambah ilmu seterusnya bersiap siaga dalam mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Teruskan membaca

HADIAH KERAJAAN BN UNTUK RAKYAT

Sejak jam 6 petang tadi , suasana di Bandar Kuantan berubah secara mendadak . Seluruh jalan utama sesak dengan kenderaan yang berpusu – pusu memasuki stesen minyak mengatasi kesibukan menyambut malam aidilfitri atau tahun baru cina. Kesesakan luar biasa ini cukup menggambarkan kegelisahan rakyat . Saya terus menghubungi sahabat di bandar – bandar lain ternyata suasana serupa dialami oleh mereka. Saya percaya ia berlaku di seluruh Negara.
Peringkat awal saya sendiri agak keliru dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku sehinggalah saya dihujani sms yang melahirkan rasa kesal penuh sinis ekoran kenaikan harga minyak petrol pada kadar 78 sen untuk 1 liter . Kenaikan 78 sen ditambah 1.92 sen harga sedia ada menjadikan harga minyak seliter 2.70 tentunya menjadi satu tamparan hebat untuk rakyat. ( diesel naik Rm 1.00 = Rm 2.58 seliter).
Kesan paling buruk ialah kepada rakyat yang berpendapatan sederhana , kerana umumnya apabila minyak naik , segala kos kehidupan akan meningkat dan melambung naik termasuklah semua harga barang keperluan juga akan naik.
Saya termenung sendiri melihat suasana ini. Apa tidaknya…, kesanggupan rakyat beratur berkilometer panjang menunjukkan ketidaksanggupan mereka untuk membeli minyak dengan harga yang begitu tinggi ,walhal minyak yang mereka beli pada petang dan malam ini hanya mampu bertahan untuk perjalanan beberapa kilometer sahaja. Menjelang esok pagi, mereka pasti terpaksa membayar harga minyak dengan kadar Rm 2.70 seliter dan ianya berkekalan selama mana rakyat masih membenarkan UMNO dan BN memerintah Negara ini.
Hati ini memang kesal terhadap sikap gamaknya kerajaan BN bertindak sedemikian rupa tanpa menghiraukan nasib rakyat seperti saya , tetapi terlebih kesal hati ini terhadap sikap sebahagian rakyat yang tidak serik memberi kepercayaan kepada UMNO dan BN untuk terus memerintah Negara , sedang UMNO dan BN tidak pernah bersimpati dengan tekanan dan bebanan hidup yang dihadapi oleh rakyat.
Seorang pengguna telah melahirkan rasa sebalnya terhadap isu ini dan pantas membuat congakan bagi membayang tekanan atau bebanan yang terpaksa beliau tanggung.
“ ….saya yg bergaji sederhana berasa tersentak dan tercabar dengan kenaikan ini, tidak dapat saya bayangkan apa perasaan rakyat yg bergaji kurang dari RM 1,000.00 sebulan…. mencukupi kah elaun/ rebat/ kupon yg akan di beri….. memadaikah rebat RM 625.00 setahun…. saya secara purata mengisi minyak sebanyak RM 300.00 sebulan. bermakna RM 10.00 sehari. Bermakna setahun saya mengisi RM 3,600.00. Dengan kenaikan 40% ini bermakna saya akan mengisi minyak sebanyak RM 420.00 sebulan, jatuh RM 14.00 sehari dan setahun sebanyak RM 5,040.00.

Beza jumlah saya bayar setahun adalah RM 1,440.00 sedangkan rebat saya cuma perolehi sebanyak RM 625.00. Bermakna setahun saya menanggung kerugian RM 815.00. Bukankah ini penipuan yg nyata dari pihak BABI NEGARA?? Sampai bila kita perlu merelakan diri kita di tipu Babi Negara ni ??? Bagaimana pula nasib mereka yg baru beberapa hari memperbaharui cukai jalan ??? nak kena tunggu setahun lagi ker baru merasai nikmat kupon babi negara ini ???? ”

Isu kenaikan harga beras yang melambung masih perit ditanggung rakyat , kini mereka berhadapan pula dengan kenaikan harga minyak dan julai akan datang giliran kenaikan tarif elektrik pula menghimpit mereka .

Kerajaan BN pernah berjanji tidak akan menaikan harga minyak pada tahun ini , ternyata ianya satu pembohongan . Dato’ Shahrir Abdul Samad umpamanya membayangkan bahawa minyak akan naik ogos ini , tetapi kerajaan BN kelihatan tidak sabar untuk mendera dan menghisap darah rakyat .

Kerajaan sering berselindung disebalik subsidi yang terpaksa ditanggung olehnya sedang Petronas boleh mencipta keuntungan melepasi paras RM 80 billion dengan kenaikan harga minyak dunia . Malangnya apabila hasil negara yang sepatutnya dibaca dengan Dana Negara dibaca oleh kerajaan BN sebagai subsidi .

Nampaknya kerajaan BN tidak pernah memahami erti kebajikan dan terus gagalkan manafaatkan kelebihan galian kurniaan Ilahi untuk membela rakyat mereka sendiri

Jambori Amal Kebangsaan Kali Ke – 16



KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) – Jabatan Amal akan mengadakan Jambori Amal Kebangsaan kali ke-16 selama tiga hari iaitu bermula 30 Mei hingga 1 Jun ini.

Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Shahrani Abu Sahid berkata, jambori tersebut akan diadakan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak.

Katanya majlis perasmian akan dilakukan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan penutupnya pula disempurnakan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Jumlah peserta yang akan hadir ke Jambori berkenaan dianggarkan 1,450.

Pelbagai aktiviti diatur antaranya ialah gotong royong, sukan seperti paint ball, memanah, kawad kaki, sukaneka rakyat dan program derma darah serta rawatan kesihatan percuma.

Sehubungan itu katanya, semua Jabtan Amal Negeri dikehendaki menghantar seramai mungkin kontijen masing-masing bagi menyertai acara yang ditetapkan.

Para peserta hanya dikenakan bayaran RM5 seorang.

“Segala sokongan dan perhatian mereka amat kami hargai,” katanya kepada Harakah. – mks.

dipetik dari : http://amalkelate.wordpress.com

Sukan PASTI Kawasan Pasir Mas Meriah

24 Mei 2008 – PASTI Kawasan Pasir Mas telah berjaya menganjurkan Sukan PASTI peringkat kawasan hari ini. Untuk tahun ini, padang perumahan Mekasar telah dipilih sebagai lokasi bagi temasya ini. Menurut Pengerusi PASTI Kawasan Pasir Mas, Ustaz Mohd Haniff yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas, pesta sukan kali ini telah disertai oleh 115 orang pelajar PASTI dari 21 buah cawangan PASTI di seluruh Pasir Mas. Pelbagai pertandingan telah diadakah dan mendapat sambutan hebat dari pelajar-pelajar PASTI.
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.